Thursday, October 28, 2010

Salam Alaik

Soal hati.. ramai di kalangan umat Islam kini menggabaikannya. Hati siapa yang tahu?.. Bukan orang lain tahu pun jika aku tidak ikhlas kepada Allah?.. Itulah persoalan biasa yang selalu bermain di kotak pemikiran kita dewasa ini.. janji buat, cukuplah!... lebih baik dari tak buat langsung, kan?..
Siapakah kita di dunia ini, setiap manusia dan jin ada hamba untuk beribadah kepada Allah. dan itulah tujuan sebenar manusia diciptakan. Jika kita menyedari tanggungjawab tersebut, saya begitu yakin apa jua yang kita lakukan di atas muka bumi ini terus dipanjatkan kepada Al-Khaliq. setiap larangan-Nya pastinya kita sebagai manusia tidak berani untuk melanggarnya. Namun segelintir umat manusia hari ini terlalu leka dan lalai dengan setiap 'habuan' dunia yang diperolehi olehnya.
Kesimpulannya, jika manusia sedar akan tanggungjawab yang besar di atas muka bumi ini iaitu sebagai khalifah Allah, pastinya setiap urusan dapat di selesaikan dengan cekap, cepat dan teratur mengikut panduan aturan yang telah berikan oleh Ilahi untuk digunapakai oleh 'khalifahNya'.

Aces Up Solitaire by Fupa.com