Thursday, February 12, 2009

TAHNIAH KEPADA SEMUA

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Ilahi yang memerintah dunia, selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan sahabat baginda.
Kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu memberikan pandangan dan pendapat juga tidak dilupakan untuk diucapkan jutaan terima kasih... Kepada Isteri tercinta, terima kasih kerana memahami situasi suamimu ini.
Berkenaan dengan keputusan final exam yang lepas, aku sendiri pun tak menyangka memperolehi keputusan yang boleh dikatakan diluar dugaan, namun aku bersyukur atas kurniaan-Nya...walaupun keputusan aku tu tidak sebaik member blog nih silatbond.blogspot (dengan khabar dapat anugerah Dekan), Tahniah diucapkan kepadanya.
Apa yang bestnye setiap kali result final exam diperolehi, aku jadi seperti kaunter pertanyaan je....(begitu juga dekat2 exam)...macam lah aku ni pandai sangat. last kali tengok result, dorang yang dapat lebih dari aku...ermm pelik tapi benar...
itu pasal exam, sekarang nih aku nak citer ape yang berlaku keatas diri aku hari nih... ops!!...sebenarnya dah 2 hari, aku demam sekejap2, mlm tadi dari kul 12.40am hingga 5 am... aku takleh tidur...menggigil kesejukan, pastu pagi tadi pe lagi call my wife suruh dia bawa gi Klinik Warga PPUKM la...dapat la 2 hari MC...dah lama benar aku tak MC...Doktor Pakar kata imunisasi badan aku diserang bakteria, ntah la aku pun tak tahu bakteria pe yang sudah menyerang aku, aku pun bukannye faham sangat pun doktor Pakar tu kata pe kat aku... dia sembang lam loghat omputih, aku nih loghat melayu kedah pekat, walaupun kawen ngan orang johor...(wife aku pun dah fasih loghat kedah, ehhehehhehehheheee...
Doakanlah agar xde ape2 yang terjadi ke atas aku sebelum aku menamatkan pengajian, insya-Allah Januari 2010, tamat.
Kepada Rakan2 kuliah, Jom kita lipat gandakan usaha menuju kejayaan yang lebih cemerlang dan bahagia...
Sekian, Terima Kasih.

Nazlan Ibrahim
Timbalan Setiausaha
Eksekutif Syariah, UKM.

Monday, February 9, 2009

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"


Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."


Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."


Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa herannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

· Bacalah Al-Qur'an

· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Saturday, February 7, 2009

Wahai Pemimpin Ku

Assalamualaikum

Kita semua sedia maklum berkenaan suasana politik di Negeri Perak, bertanyalah kepada sesiapa yang berada di atas pagar sekalipun, suasana begitu cukup dan amat mendukacitakan rakyat biasa. Institusi Kesultanan Melayu telah tidak dihormati lagi. Saya tidak tahu apakah sebab yang terjadi sedemikian rupa. Jangan kerana pangkat dan darjat yang sementara di atas muka bumi, kita bergaduh sesama sendiri.
Wahai pengamal politik (tidak kiralah kerajaan mahupun pembangkang), jangan hanya kerana jawatan dan pangkat serta wang ringgit, maruah bangsa dan agama serta tanggungjawab kepada rakyat telah diketepikan.
Rakyat Perak semestinya diberikan hak mereka untuk memilih pemimpin yang mereka merasakan adil, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mengikut undang-undang yang terdapat di negeri atau negara ini. Saya juga mendoakan semoga kestabilan politik dan kerjasama semua pihak dapat di capai tidak kira siapa pun yang memerintah demi melihat nasib rakyat terbela dan mmemacu ekonomi di peringkat global. Kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri amat perlu bagi merealisasikan matlamat tersebut, jangan kerana perbezaan politik semata-mata antara pemimpin, rakyat biasa pula menjadi mangsa keadaan.
Ingatlah wahai pemimpin, kita semua memegang amanah Allah di atas muka bumi ini hanya sementara sahaja, oleh itu, laksanakanlah tugas sesuai dengan tuntutan Ilahi dengan sumbernya al-Quran dan as-Sunnah. Umara' dan Ulama' mesti bergandingan barulah akan hadirnya keberkatan dalam kehidupan. Umara' perlukan nasihat dari Ulama' dan Ulama' pula mesti memberi nasihat yang bertepatan dengan isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah.
Kepada rakyat biasa pula, ingatlah pilihan anda menentukan di mana anda selepas ini, jika pemimpin yang anda pilih membuat kebajikan yang bertepatan dengan Nass, alhamdulillah. Jika tidak, bertaubatlah janganlah anda bersubahat pula nanti. tidak kiralah dari mana parti tersebut.

Friday, February 6, 2009

RESULT FINAL EXAM

KEPADA SEMUA MAHASISWA UKM (EKSEKUTIF-SYARIAH-SEM 6-KUMP 5)

RESULT FINAL EXAM BOLEH ANDA LIHAT PADA 10HB FEBUARI 2009,

SEMUA DI HARAP BERSABAR DAN BERTENANG. DAN KEPADA SESIAPA YANG MENDAPAT MARKAH YANG LEBIH ATAU MEMPEROLEHI ANUGERAH DEKAN DIKEHENDAKI BELANJA AKU, TERUTAMA KEPADA SAHABAT2 AKU YANG BAIK HATI....SILATBOND.BLOGSPOT. HHAHAHAHAAAAA....

SEKIAN DIMAKLUMKAN.

Aces Up Solitaire by Fupa.com