Tuesday, September 30, 2008

Peringatan

Assalamualaikum, masih mood raye kan?...pepun saya ingin mengucapkan SALAM LEBARAN
kepada rakan2 yang sudi menjengah blog ini....harap ade sedikit panduan dan kesan dalam kita memperbaiki diri menjadi insan yang luar biasa, tetapi bukan makhluk asing laa....hehhehee...Dalam kita melayari bahtera kehidupan di atas bumi tuan punya dunia ni iaitu Allah swt...kita pasti akan bertemu kenangan manis, pahit dan masam kan...so ape yang perlu kita lakukan ialah kita janganlah terlalu mengharap dengan sesama manusia, sebabnya pasti kita akan kecewa...yang perlu kita laksanakan dalam kehidupan kita sepanjang masa ialah mengharaplah kepada Ilahi kerana Dia yang Maha Tahu segala yang baik terhadap diri kita...Kita tidak akan kecewa dengan Allah...andainya ade sedikit kesulitan, itu hanyalah ujian yang sementara yang terdapat hikmah yang tersembunyi...yang perlu kita fikirkan...Setiap apa yang terjadi pasti ade hikmah disebaliknya...kita hanya perlu berusaha mempertingkatkan KUALITI Iman dan Taqwa kita kepadaNya dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan laranganNya...Tidak boleh buat semua, Jangan Tinggalkan semua...Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Aces Up Solitaire by Fupa.com