Sesiapa sahaja ketika ini bila ditanya tentang azam mereka-pastinya akan mengatakan ingin meningkatkan kualiti diri atau segi ekonomi atau apa sahaja yang menunjukkan peningkatan dalam kehidupan mereka. Ada juga golongan wanita yang berazam untuk pakai tudung atau sebagainya.
Namun pernah kah terfikir di benak fikiran kita, Apakah azam hanya perlu bila menjelmanya tahun baru????....Bagi saya, keazaman perlu ada dalam diri manusia setiap hari, untuk menjadi lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Selain daripada itu, ada kawan-kawan memberitahu berkenaan azam mereka, ingin berhenti merokok ( saya tak hisap rokok ) dan ada ada juga yang ingin belajar atau mendalami ilmu agama Islam, saya sokong azam mereka, namun apa yang diazamkan oleh mereka itu sebenarnya dah memang tanggungjawab individu untuk mengimarahkan dunia ini dan menjaga sumber alam bersesuaian dengan kehendak Maha Pencipta.
Tahun 1430H dan Tahun 2009M, baru sahaja bermula... Keazaman yang dicipta tidak akan tercapai sekiranya tanpa ada perancangan dan usaha yang berterusan, hasilnya azam tadi hanya akan menjadi angan-angan kosong, tetapi jika kita seiringkan dengan usaha yang gigih dan berterusan serta perancangan yang baik dan jitu, saya pasti dan penuh yakin azam yang kita buat tadi menjadi sebuah kejayaan yang cemerlang dan menjadi cita-cita yang di gapai.
Kesimpulanya, jangan hanya berazam tetapi merancang dan berusaha dengan gigih ke arah mencapai matlamat yang kita inginkan.
SELAMAT TAHUN BARU 1430H DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009M.
Kepada rakan-rakan UKM, Selamat berjaya menjawab Final Exam yang kita hadapi bersama. Good Luck!... Man Jadda Wajada....
Sekian, Terima Kasih.
Nazlan
Timbalan Setiausaha
Pelajar Eksekutif Syariah.
No comments:
Post a Comment