Monday, May 25, 2009

ISTILAH MUNAKAHAT

Istilah Munakahat yang perlu anda ketahui:

Akad – Ijab & Kabul

Fasakh – Melepaskan ikatan perkahwinan bila dituntut oleh pihak
isteri kepada pihak kadhi.

Iddah – Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami.

Ijab & Kabul – Ijab adalah pernyataan dari salah salah satu pihak
yang mengadakan akad untuk menyatakan keinginan untuk
berkahwin, manakala Kabul pula ialah jawapan yang diberikan oleh
pihak lain yang menunjukkan kerelaan dan persetujuan atas kehendak pihak pertama.

I’lak – Sumpah seorang suami yang ia tidak mahu melakukan
persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih dari 4 bulan atau ia bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh masa.

Khuluq – Melepaskan ikatan perkahwinan dengan suatu pemberian
tertentu daripada pihak isteri kepada suami, juga dipanggil sebagai
“tebus talak”.

Li’an – Sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya
melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya
bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

Mahar – Mas kahwin iaitu pemberian kepada isteri dengan sebab
nikah sama ada berupa wang atau barang-barang bermanafaat.

Nafkah – Apa yang wajib atas suami menyempurnakannya untuk
keperluan isterinya.

Nikah – Perjanjian yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.

Nikah Mahalil – Nikah cina buta. Ia diharamkan dalam islam.

Nusyuz – Keengganan isteri dari menunaikan kewajipannya terhadap suami.

Rujuk – Kembali semula kepada ikatan perkahwinan dengan
perempuan yang telah diceraikannya di dalam masa idah.

Ta’liq - Lafaz talak ta’liq (talak tergantung) yang dibaca dan
dilafazkan oleh suami selepas aqad nikah dijalankan.

Talak – Memutuskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan
perkataan tertentu seperti talak, cerai dll.

Talak Raj-i’ – Talak 1 dan 2, iaitu talak yg. dibenarkan kembali
semula (rujuk) dengan tidak perlu akaq jika masih dalam iddah.

Talak Ba’in – Talak 3 iaitu talak yang tidak boleh rujuk. Suami tidak boleh kembali semula kepada isterinya, kecuali isterinya telah
berkahwin dengan orang lain, bersetubuh dan bercerai dan setelah
habis iddah.

Wali – Orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang
hendak dikahwinkan.

Wali Mujbir – Wali yang terdiri dari bapa atau datok sebelah bapa
kepada perempuan yang hendak berkahwin.

Wali Bukan Mujbir – Wali-wali selain dari bapa dan datok sebelah
bapa perempuan yang hendak berkahwin seperti abang, wali hakim.

Walimatul urus – keramaian atau kenduri kahwin

Zihar – Suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun
dengan seseorang yang haram berkahwin dengannya.

No comments:

Aces Up Solitaire by Fupa.com