Saturday, February 7, 2009

Wahai Pemimpin Ku

Assalamualaikum

Kita semua sedia maklum berkenaan suasana politik di Negeri Perak, bertanyalah kepada sesiapa yang berada di atas pagar sekalipun, suasana begitu cukup dan amat mendukacitakan rakyat biasa. Institusi Kesultanan Melayu telah tidak dihormati lagi. Saya tidak tahu apakah sebab yang terjadi sedemikian rupa. Jangan kerana pangkat dan darjat yang sementara di atas muka bumi, kita bergaduh sesama sendiri.
Wahai pengamal politik (tidak kiralah kerajaan mahupun pembangkang), jangan hanya kerana jawatan dan pangkat serta wang ringgit, maruah bangsa dan agama serta tanggungjawab kepada rakyat telah diketepikan.
Rakyat Perak semestinya diberikan hak mereka untuk memilih pemimpin yang mereka merasakan adil, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mengikut undang-undang yang terdapat di negeri atau negara ini. Saya juga mendoakan semoga kestabilan politik dan kerjasama semua pihak dapat di capai tidak kira siapa pun yang memerintah demi melihat nasib rakyat terbela dan mmemacu ekonomi di peringkat global. Kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri amat perlu bagi merealisasikan matlamat tersebut, jangan kerana perbezaan politik semata-mata antara pemimpin, rakyat biasa pula menjadi mangsa keadaan.
Ingatlah wahai pemimpin, kita semua memegang amanah Allah di atas muka bumi ini hanya sementara sahaja, oleh itu, laksanakanlah tugas sesuai dengan tuntutan Ilahi dengan sumbernya al-Quran dan as-Sunnah. Umara' dan Ulama' mesti bergandingan barulah akan hadirnya keberkatan dalam kehidupan. Umara' perlukan nasihat dari Ulama' dan Ulama' pula mesti memberi nasihat yang bertepatan dengan isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah.
Kepada rakyat biasa pula, ingatlah pilihan anda menentukan di mana anda selepas ini, jika pemimpin yang anda pilih membuat kebajikan yang bertepatan dengan Nass, alhamdulillah. Jika tidak, bertaubatlah janganlah anda bersubahat pula nanti. tidak kiralah dari mana parti tersebut.

No comments:

Aces Up Solitaire by Fupa.com