Wednesday, August 12, 2009

Kisah anak aku

Anak aku nih baru je berumur setahun 8 bulan.. tapi untuk makluman kawan2 masa umur dia 3-5 bulan tempoha hari, dia dah pandai panggil aku 'AYAH' dan 'BAPAK'...(cam jawa plak aku rasenya, yelah isteri aku kan jawa, kini dia dah pandai sebut macam2 dah antaranya 'fish' bila tgk ikan, bird bila tgk burung dan kite bila tgk layang2.. tapi paling best bila kami sama2 dapat solat bersama best sgt....walaupun baru setahun lapan bulan tapi dah tahu solat (cara dia laa...)tentang baca buku, dah biasa diajar masa umur dia 7 bulan so kalau gi kedai buku tak sah rasanya kalau dia tak dibelikan sebuah buku untuknye...heran gak...tapi demi untuk anak aku yang aku tunggu dah 5 tahun nih...redha ajelah...dia lah buah hati aku..
Isteri aku lagi suka bila dia sebut 'IBU' masa tu umur dia setahun sebulan kot (kalau tak silaplah)...time kami baca al-quran bersama dia akan cari tudung dia dan duduk bersama kami...maybe pengasuh dia ajar (pengansuh dia mmg mengajar iqra' dan al-quran) so masa dia tuh mmg lebih lama bersama pengasuh dia...
Tapi 2 3 hari ni anak aku nih batuk, risau gak. yelah sekarang ni kan wabak H1N1 sedap je sebutkan?...tapi kalau sebut...selsema babi???..ha tau takut..betul juga la kata isteri aku, ada kawan dia bagi alasan H1N1 sbb taknak datang kerja, best sgt la bagi alasan tuh... tapi kalau tahu camner dia merebak tentu risau gilernye...
Aku harap anak aku cepat sihatlaa....risau la tgh malam je nangis sesak hidung, ataupun hidung tersumbat...
Pepun aku nak sambung study lak, banyak lagi aku tak baca dan cuba fahami lagi nih.... ujan lak..nak balik pun takleh keta park jauh lak...perut lapar dan macam2 lagi dugaan aku nih... pepun aku bersyukur sebab aku dah kat nak habis study kat ukm nih...
KEPADA UMMI KHAYRA KHADIJAH,
AYAH SAYANG KHAYRA,MUUUAAAAAHHHSSSS...

Friday, August 7, 2009

KARIPAP FROZEN

KEPADA sesiapa yang ingin mencuba karipap frozen, keluaran aku sendiri. bolehlah menghubungi no telefon dan email yang tertera di bawah:

Tel : 017 3839 378 / 013 6651 343

email : kelisa7523@yahoo.com

HARGA!!!!

RM 4.00 (10 PCS)
BAGI KAWASAN PUTRAJAYA, BANGI, CHERAS DAN KAJANG ADE KOS PENGHANTARAN(RM5.00)ORDERLAH BYK2 BIAR BERBALOI KOS PENGHANTARAN.....

Thursday, June 25, 2009

SALAM TAKZIAH

KEPADA RAKAN PELAJAR AKU KAT UKM, MOHD NURKHALIS SYAFIQ AZIMI YANG KEHILANGAN ISTERI TERCINTA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA (SG BESAR-MANJUNG) PADA 21HB JUN 2009 YANG LEPAS, SELEPAS FINAL EXAM DALAM PERJALANAN PULANG KE MANJUNG. SEMOGA ANDA CEPAT SEMBUH DAN DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN HIDUP. SALAM TAKZIAH KEPADA ANDA DAN SEMUA YANG TERLIBAT.

Tuesday, June 16, 2009

Fiqh Semasa : Cegah Kehamilan Wanita

S1: Sebutkan Pendapat Ulama tentang siapa yang mempunyai hak terhadap seseorang anak?
Jawapan :
a) Imam al-Ghazali : Anak adalah hak bagi bapa sahaja, oleh itu bapa berhak utk mhasilkan atau tidak.
b) Ulama Hanafi : hak kedua ibu bapa.
c) Ulama Shafie, Hanbali dan mazhab lain : hak yg dikongsi diantara umat islam dan kedua ibu bapa, tetapi hak bapa lebih dominant.
d) Satu gol ulama Hadith: hak umat Islam adalah lebih dominan

S2 : Bincangkan pandangan ulama tentang hokum mencegah kehamilan wanita beserta huraiannya?
Jawapan :
Pendapat Pertama : Imam al-Ghazali
Suami harus mencegah kehamilan isterinya, kerana suatu tegahan mestilah berdasarkan nas / qiyas kpd nas. Sedangkan tiada satu nas atau asal utk diqiyaskan. Malah hukum harus itulah yg boleh dijadikan asal.
Oleh itu mhalang isteri dari hamil sama ada dgn azl atau lainnya adalah harus sebagaimana harusnya berkahwin dan tidak mlakukan hub kelamin.
Imam al-Ghazali merujuk kepada hukum asal, sbl melihat kpd dorogan dan sebab, jika ikut sbb dan dorongan maka hukum tersebut mengikut sbb dan doronganlah…sbg contoh sekiranya sbb tersebut makruh maka hukumnya juga makruh.
Dalil :

Maksudnya :Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.
Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.
(al-Nahl,16 : 58-59)

Kesimpulan:
Menahan kehamilan pada asalnya harus dgn tidak memandang kpd sbb dan dorongan, tetapi jika dilihat kpd sbb dan dorongan maka hukumnya jadi makruh(jika sbb makruh) dan haram jika sbb haram.

Kritikan Pertama:
Dgn sbb tidak bersesuaian dgn hadith dan pendapat sahabat Nabi s.a.w.

i) “Sesiapa yg tidak bkahwin krn takutkan anak ramai, maka dia bukan dr kami”

Imam al-Ghazali jawab: perkataan “bukan dr kami” maksudnya bukan dr amalan kami : maksudnya cara kami adalah lebih baik dan sempurna. Ertinya mencegah kehamilan adalah perbuatan yg berlawanan dgn perbuatan yg lebih baik dan sempurna tetapi tidak menjadikan makruh atau haram

Kritikan 2:
Hadith riwayat Juzamah binti Wahb, org btya kpd Nabi ttg azl, maksudnya

“yg demikian itu adalah satu pembunuhan yg tersembunyi”

Imam al-Ghazali Jawab : Hadith tersebut tidak upaya mengatasi bbrpa hadith sahih yg lain, yang menunjukkan keharusannya, spt hadith riwayat bukhari dan muslim drp Jabir:

“Kami melakukan azl pada masa Rasulullah saw dan al-Quran masih diturunkan”

Kritikan 3:
Pendapat Ibn Abbas myatakan azl merupakan pembunuh yg kecil

Jawapan : pendapat ini bdasarkan qiyas (menahan kehamilan dgn mbunuh anak): qiyas ini amat lemah dan disanggah oleh Ali bin Abi Talib (tiada pbunuhan kpd anak mlainkan setelah menjalani 7 peringkat , lalu mbaca ayat al-Quran

Maksudnya :Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik. (al-Mukminuun,23 : 12-14)


Pendapat Kedua :

Suami harus cegah kehamilan dgn syarat mdapat keizinan isteri kerana dia juga berhak kpd anak(Pendapat Mazhab Hanafi). Fuqaha Hanafi murakhir mharuskan jika ditakuti blaku perkara yg tidak diingini kpd anak yg akan lahir krn persekitaran dan suasana masa yg rosak. Hukum ini bdasarkan kaedah “Perubahan hukum dengan sebab perubahan masa.”


Pendapat Ketiga:
Jumhur Fuqaha : Makruh
Kerana dapat mgurangkan keturunan, sedangkan Nabi sgt mggalakkan umatnya supaya berkahwin bg mbykkan zuriat dan keturunan.

Hadith : Berkahwinlah, berbiaklah mramaikan anak pinak.

Pendapat Ulama ini dilihat dr sudut hak umat Islam

Jika dilihat dr sudut hak suami isteri : Fatwa mereka myatakan haram jika suami al-azl tanpa izin isteri.
Harus jika melihat kepada suasana

Pendapat keempat
Ulama Hadith : Haram - Ibn Habban dan Ibn Hazm, mereka mlebihkan hak masyarakat bbanding ibu bapa.
Al-Azl merupakan pbuatan myekat zuriat keturunan yg dituntut oleh Syarak drp pkahwinan.

Monday, June 1, 2009

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia".......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

Saturday, May 30, 2009

TALAK

Talak
Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.


Hukum talak
Hukum Penjelasan
Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
Harus Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya


Rukun talak
Perkara dan Syarat

Suami
Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri

Isteri
Akad nikah sah
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya

Lafaz
Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya
Dengan sengaja dan bukan paksaaan



Contoh lafaz talak

Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.

Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.


Jenis talak

Talak raj’i
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.


Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.


Talak sunni
Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci


Talak bid’i
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.


Talak taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.

Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”

Ia juga boleh berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”

FASAKH DAN CARA-CARANYA

Fasakh
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak isterinya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).


Cara melakukan fasakh
Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

MAHAR DAN JENIS-JENISNYA

Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.


Jenis mahar
Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.

WALI

Syarat wali
Islam, bukan kafir dan murtad
Lelaki dan bukannya perempuan
Baligh
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Tidak fasik
Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
Merdeka
Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah menyetujui perkahwinannya dengan bakal suami agar tidak timbul sebarang masalah selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri.Ini juga bertujuan untuk menjaga hak asasi kaum wanita itu sendiri.Sebab itu juga,sebelum akad nikah(lafaz ijab qabul berlangsung antara Wali/wakil Wali).Wali/wakil Wali perlu mendapatkan pengesahan/kepastian sebenar dari bakal isteri/wanita yang hendak dikahwinkan tentang status kerelaannya untuk disatukan.


Jenis-jenis wali
Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak(sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

Sebab haram nikah

Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
Ibu
Nenek sebelah ibu mahupun bapa
Anak perempuan & keturunannya
Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
Ibu susuan
Nenek dari sebelah ibu susuan
Adik-beradik perempuan susuan
Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
Ibu mentua dan ke atas
Ibu tiri
Nenek tiri
Menantu perempuan
Anak tiri perempuan dan keturunannya
Adik ipar perempuan dan keturunannya
Emak saudara kepada isteri
Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

Monday, May 25, 2009

ISTILAH MUNAKAHAT

Istilah Munakahat yang perlu anda ketahui:

Akad – Ijab & Kabul

Fasakh – Melepaskan ikatan perkahwinan bila dituntut oleh pihak
isteri kepada pihak kadhi.

Iddah – Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami.

Ijab & Kabul – Ijab adalah pernyataan dari salah salah satu pihak
yang mengadakan akad untuk menyatakan keinginan untuk
berkahwin, manakala Kabul pula ialah jawapan yang diberikan oleh
pihak lain yang menunjukkan kerelaan dan persetujuan atas kehendak pihak pertama.

I’lak – Sumpah seorang suami yang ia tidak mahu melakukan
persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih dari 4 bulan atau ia bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh masa.

Khuluq – Melepaskan ikatan perkahwinan dengan suatu pemberian
tertentu daripada pihak isteri kepada suami, juga dipanggil sebagai
“tebus talak”.

Li’an – Sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya
melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya
bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

Mahar – Mas kahwin iaitu pemberian kepada isteri dengan sebab
nikah sama ada berupa wang atau barang-barang bermanafaat.

Nafkah – Apa yang wajib atas suami menyempurnakannya untuk
keperluan isterinya.

Nikah – Perjanjian yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.

Nikah Mahalil – Nikah cina buta. Ia diharamkan dalam islam.

Nusyuz – Keengganan isteri dari menunaikan kewajipannya terhadap suami.

Rujuk – Kembali semula kepada ikatan perkahwinan dengan
perempuan yang telah diceraikannya di dalam masa idah.

Ta’liq - Lafaz talak ta’liq (talak tergantung) yang dibaca dan
dilafazkan oleh suami selepas aqad nikah dijalankan.

Talak – Memutuskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan
perkataan tertentu seperti talak, cerai dll.

Talak Raj-i’ – Talak 1 dan 2, iaitu talak yg. dibenarkan kembali
semula (rujuk) dengan tidak perlu akaq jika masih dalam iddah.

Talak Ba’in – Talak 3 iaitu talak yang tidak boleh rujuk. Suami tidak boleh kembali semula kepada isterinya, kecuali isterinya telah
berkahwin dengan orang lain, bersetubuh dan bercerai dan setelah
habis iddah.

Wali – Orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang
hendak dikahwinkan.

Wali Mujbir – Wali yang terdiri dari bapa atau datok sebelah bapa
kepada perempuan yang hendak berkahwin.

Wali Bukan Mujbir – Wali-wali selain dari bapa dan datok sebelah
bapa perempuan yang hendak berkahwin seperti abang, wali hakim.

Walimatul urus – keramaian atau kenduri kahwin

Zihar – Suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun
dengan seseorang yang haram berkahwin dengannya.

Wednesday, May 20, 2009

LAPTOP BARU

Alhamdulillah tercapai juga impian untuk memiliki laptop bg memudahkan segala tugas yang diamanahkan... selain daripada itu juga digunakan untuk menyiapkan tugasan kuliah nanti (kajian ilmiah.Semua pelajar eksekutif syariah ukm sekarang ni tak sabar2 yang habiskan sem yang berbaki...kata mereka penat ulang-alik jauh sgt... dulu masa nak belajar tak pulak mereka membuat persoalan itu..ntah ler manusia gitulah sikapnye..
Kepada kawan aku (Rosimi bin Idris) tahniah mendapat cahaya mata (baby) pada mlm jumaat 14hb Mei lepas...tahniah....harap bersabar lah ye ngan karenah sebagai BAPAK...hihiii...
kepada rakan yang naik pangkat juga tak dilupakan semoga dengannya memotivasikan diri untuk lebih cemerlang dan gemilang lagi...tak lupa juga untuk rakan2 yang dapat cemerlang (APC)... tahniah!...dan mensyukuri nikmat Allah dgn sebaiknya...

Sekian, Terima kasih...

# alhamdulillah dodol aku jual habis...
kepada sesape nak beli dodol leh kol aku di talian 017 3839378 500gram (RM8.50) kena order dulu nak balik ambik kat kedah nuuuu... dodol dr kilang...

Thursday, March 19, 2009

JANGAN BACA

Saje
ada juga terkadang org sebut sesajer jer..hihihhiii
aku pilih mlm ni sajer
sebab xlain xbukan sajer...
ermmm maybe ade yg xpuas atie ngan tajuk aku nih
cuma jgn lah kite sesajer jer nak fikir yg bukan2 tentang orang lain...
cermin diri sendiri dulu...takut nanti ade jerawat dan parut yg masih melekat
tapi kite sajer jer nak tegur org dan perasan muka kite dah cukup lawa...
dan yg paling penting lam idup nih,... ape yg kita nak buat tuh...Allah redha...
Rezeki yang kite dapat pula berkat
Oleh itu sekiranya kita suka mengumpat
tinggalkanlah ia cepat-cepat..
takut esok hari Kiamat..
Kita tak sempat nak bertaubat..
Sesamelah kite saling mengingat
takut aku pula yang tak ingat
kawan2 yang ada semua kawan rapat
jgn masa belanja makan je rapat
lepas tu lari tak bertempat...
Kepada wanita,.. al-Quran suruh tutup aurat
jangan kata, nak baca tak sempat
suruh solat...dikatakan pula hang bukan kerabat
banyak juga la aku dengar yang kata seruan tak sampai...
azan berkumandang 5x sehari semalam takkan tak dengar...
kecuali org yang pekak lagi tuli je yang tak dengar...
dalam al-quran surah al-a'raaf ayat 179 cuba lah try check...
aku hanya mengingat, kita same je dcc Allah.
bezanya kita dcc-Nya ialah Taqwa.

Ilmu Tanpa Amal
Seperti Pokok Tanpa Buah


Dah lama Allah bagi akal pada kita
suruh kita fikir bagaimana cara untuk mendekatkan diri dengan-Nya
bukan suruh fikir bagaimana cara untuk meninggalkan perintah-Nya
Jangan sampai akal sudah hilang,
nikmat sudah ditarik balik
telinga sudah pekak dan tuli
lidah kelu untuk-Nya
Roh pula sudah keluar dari jasad
yang ada pada kita waktu itu ialah
KEMATIAN....

Muhasabah Diri
Cukup ke Amalan aku?
Solat aku Bagaimana?
Ibadah aku, Allah terima ke sebagai Ibadah?
Harta aku, Kat mana aku belanjakan?
Aurat aku, Aku ikut ke perintah Allah? (Surah an-Nuur,24:31)

Cinta & Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerena... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerena... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Monday, March 9, 2009

SEMPENA MAULIDUR RASUL

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menghayati Maulidur Rasul dan sama-samalah kita sebagai umat Islam mengamalkan ajaran dan sunnah baginda nabi s.a.w. Janganlah kita hanya mengamalkan ajaran yang hanya bersesuaian dengan kepentingan kita sahaja tetapi menolak yang sebaliknya.

Saya berharap bersempena Maulidur Rasul ini, kita melipatgandakan selawat keatas baginda yang kita akui menyintainya sepenuh hati. Namun berapa ramai dikalangan kita umat Islam yang berselawat keatas baginda?...cukup ke dengan sekali selawat sahaja dalam satu hari?...10, 100, atau seribu???...lipatgandakanlah selawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian, terima kasih.

Thursday, February 12, 2009

TAHNIAH KEPADA SEMUA

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Ilahi yang memerintah dunia, selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan sahabat baginda.
Kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu memberikan pandangan dan pendapat juga tidak dilupakan untuk diucapkan jutaan terima kasih... Kepada Isteri tercinta, terima kasih kerana memahami situasi suamimu ini.
Berkenaan dengan keputusan final exam yang lepas, aku sendiri pun tak menyangka memperolehi keputusan yang boleh dikatakan diluar dugaan, namun aku bersyukur atas kurniaan-Nya...walaupun keputusan aku tu tidak sebaik member blog nih silatbond.blogspot (dengan khabar dapat anugerah Dekan), Tahniah diucapkan kepadanya.
Apa yang bestnye setiap kali result final exam diperolehi, aku jadi seperti kaunter pertanyaan je....(begitu juga dekat2 exam)...macam lah aku ni pandai sangat. last kali tengok result, dorang yang dapat lebih dari aku...ermm pelik tapi benar...
itu pasal exam, sekarang nih aku nak citer ape yang berlaku keatas diri aku hari nih... ops!!...sebenarnya dah 2 hari, aku demam sekejap2, mlm tadi dari kul 12.40am hingga 5 am... aku takleh tidur...menggigil kesejukan, pastu pagi tadi pe lagi call my wife suruh dia bawa gi Klinik Warga PPUKM la...dapat la 2 hari MC...dah lama benar aku tak MC...Doktor Pakar kata imunisasi badan aku diserang bakteria, ntah la aku pun tak tahu bakteria pe yang sudah menyerang aku, aku pun bukannye faham sangat pun doktor Pakar tu kata pe kat aku... dia sembang lam loghat omputih, aku nih loghat melayu kedah pekat, walaupun kawen ngan orang johor...(wife aku pun dah fasih loghat kedah, ehhehehhehehheheee...
Doakanlah agar xde ape2 yang terjadi ke atas aku sebelum aku menamatkan pengajian, insya-Allah Januari 2010, tamat.
Kepada Rakan2 kuliah, Jom kita lipat gandakan usaha menuju kejayaan yang lebih cemerlang dan bahagia...
Sekian, Terima Kasih.

Nazlan Ibrahim
Timbalan Setiausaha
Eksekutif Syariah, UKM.

Monday, February 9, 2009

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"


Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."


Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."


Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa herannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

· Bacalah Al-Qur'an

· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Saturday, February 7, 2009

Wahai Pemimpin Ku

Assalamualaikum

Kita semua sedia maklum berkenaan suasana politik di Negeri Perak, bertanyalah kepada sesiapa yang berada di atas pagar sekalipun, suasana begitu cukup dan amat mendukacitakan rakyat biasa. Institusi Kesultanan Melayu telah tidak dihormati lagi. Saya tidak tahu apakah sebab yang terjadi sedemikian rupa. Jangan kerana pangkat dan darjat yang sementara di atas muka bumi, kita bergaduh sesama sendiri.
Wahai pengamal politik (tidak kiralah kerajaan mahupun pembangkang), jangan hanya kerana jawatan dan pangkat serta wang ringgit, maruah bangsa dan agama serta tanggungjawab kepada rakyat telah diketepikan.
Rakyat Perak semestinya diberikan hak mereka untuk memilih pemimpin yang mereka merasakan adil, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mengikut undang-undang yang terdapat di negeri atau negara ini. Saya juga mendoakan semoga kestabilan politik dan kerjasama semua pihak dapat di capai tidak kira siapa pun yang memerintah demi melihat nasib rakyat terbela dan mmemacu ekonomi di peringkat global. Kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri amat perlu bagi merealisasikan matlamat tersebut, jangan kerana perbezaan politik semata-mata antara pemimpin, rakyat biasa pula menjadi mangsa keadaan.
Ingatlah wahai pemimpin, kita semua memegang amanah Allah di atas muka bumi ini hanya sementara sahaja, oleh itu, laksanakanlah tugas sesuai dengan tuntutan Ilahi dengan sumbernya al-Quran dan as-Sunnah. Umara' dan Ulama' mesti bergandingan barulah akan hadirnya keberkatan dalam kehidupan. Umara' perlukan nasihat dari Ulama' dan Ulama' pula mesti memberi nasihat yang bertepatan dengan isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah.
Kepada rakyat biasa pula, ingatlah pilihan anda menentukan di mana anda selepas ini, jika pemimpin yang anda pilih membuat kebajikan yang bertepatan dengan Nass, alhamdulillah. Jika tidak, bertaubatlah janganlah anda bersubahat pula nanti. tidak kiralah dari mana parti tersebut.

Friday, February 6, 2009

RESULT FINAL EXAM

KEPADA SEMUA MAHASISWA UKM (EKSEKUTIF-SYARIAH-SEM 6-KUMP 5)

RESULT FINAL EXAM BOLEH ANDA LIHAT PADA 10HB FEBUARI 2009,

SEMUA DI HARAP BERSABAR DAN BERTENANG. DAN KEPADA SESIAPA YANG MENDAPAT MARKAH YANG LEBIH ATAU MEMPEROLEHI ANUGERAH DEKAN DIKEHENDAKI BELANJA AKU, TERUTAMA KEPADA SAHABAT2 AKU YANG BAIK HATI....SILATBOND.BLOGSPOT. HHAHAHAHAAAAA....

SEKIAN DIMAKLUMKAN.

Thursday, January 1, 2009

Azam Tahun Baru

Sesiapa sahaja ketika ini bila ditanya tentang azam mereka-pastinya akan mengatakan ingin meningkatkan kualiti diri atau segi ekonomi atau apa sahaja yang menunjukkan peningkatan dalam kehidupan mereka. Ada juga golongan wanita yang berazam untuk pakai tudung atau sebagainya.
Namun pernah kah terfikir di benak fikiran kita, Apakah azam hanya perlu bila menjelmanya tahun baru????....Bagi saya, keazaman perlu ada dalam diri manusia setiap hari, untuk menjadi lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Selain daripada itu, ada kawan-kawan memberitahu berkenaan azam mereka, ingin berhenti merokok ( saya tak hisap rokok ) dan ada ada juga yang ingin belajar atau mendalami ilmu agama Islam, saya sokong azam mereka, namun apa yang diazamkan oleh mereka itu sebenarnya dah memang tanggungjawab individu untuk mengimarahkan dunia ini dan menjaga sumber alam bersesuaian dengan kehendak Maha Pencipta.
Tahun 1430H dan Tahun 2009M, baru sahaja bermula... Keazaman yang dicipta tidak akan tercapai sekiranya tanpa ada perancangan dan usaha yang berterusan, hasilnya azam tadi hanya akan menjadi angan-angan kosong, tetapi jika kita seiringkan dengan usaha yang gigih dan berterusan serta perancangan yang baik dan jitu, saya pasti dan penuh yakin azam yang kita buat tadi menjadi sebuah kejayaan yang cemerlang dan menjadi cita-cita yang di gapai.
Kesimpulanya, jangan hanya berazam tetapi merancang dan berusaha dengan gigih ke arah mencapai matlamat yang kita inginkan.

SELAMAT TAHUN BARU 1430H DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009M.

Kepada rakan-rakan UKM, Selamat berjaya menjawab Final Exam yang kita hadapi bersama. Good Luck!... Man Jadda Wajada....

Sekian, Terima Kasih.

Nazlan
Timbalan Setiausaha
Pelajar Eksekutif Syariah.

Aces Up Solitaire by Fupa.com